Behavior
Therapy
B.F. Skinner
(1904-1990) & Albert Bandura (1925)
Terapi
tingkahlaku merupakan salah satu terapi yang menarik dan jelas dari segi
perincian teknik dan matlamat teraputik. Terapi ini juga menekankan tentang
perubahan tingkahlaku yang bermasalah kepada tingkahlaku yang boleh digunakan
untuk mengubah keadaan seperti yang diingini. Pandangan tentang manusia dalam
terapi ini hampir sama dengan terapi kewujudan dimana ia menekankan tentang
manusia adalah penyumbang kepada masalah mereka sendiri dan mereka perlu
melakukan perubahan diri sendiri sekiranya mereka ingin bebas dari permasalahan.
Walau bagaimanapun, terapi ini sangat menekankan tentang tingkahlaku yang
menjadi penyebab kepada masalah.
Apa yang menarik tentang terapi ini
adalah penyusunan dan perincian yang sistematik terhadap setiap teknik. Hal ini
menyebabkan kaunselor mudah untuk melakukan intervensi kepada klien berdasarkan
isu yang dibawa oleh klien tersebut terutamanya yang melibatkan tingkahlaku.
Matlamat setiap teknik pula adalah jelas dan mudah untuk difahami berdasarkan
pengunaan model ABC: A-Pencetus peristiwa, B- Tingkahlaku, dan C- Akibat.
Kaunselor dengan jelasnya boleh memilih jalan penyelesaian dengan mudah
berdasarkan model tersebut. Istemewanya, terdapat pelbagai teknik yang boleh
diaplikasikan dan ianya mudah untuk difahami bukan sahaja kepada kaunselor malah
kepada klien juga.
Saya berpendapat bahawa terapi
tingkahlaku ini bukan sahaja mudah difahami secara teori malah telah diuji
secara emperikal dan ianya membuktikan bahawa konsep teknik dan prosedur terapi
ini berkesan. Setiap teknik juga mempunyai matlamat yang tersendiri dan ianya
memudahkan kaunselor dalam menyesuaikan isu klien.
Limitasi teknik ini pada pendapat
saya sendiri ialah kaunselor atau terapis perlu memahami dengan mendalam setiap
teknik yang ada dalam terapi ini. Hal ini kerana sekiranya terapis gagal
menyesuaikan isu dan teknik dalam rawatan maka klien yang akan mendapat kesan
negatif. Selain itu, komitmen yang jelas perlu ada pada kedua-dua pilah sama
ada terapis atau pun klien itu sendiri. Ianya memerlukan kerjasama kolaboratif
yang kuat untuk memastikan teknik yang digunakan berjaya. Walau bagaimanapun,
berbanding terapi-terapi yang sudah dibincangkan, saya lebih tertarik dengan
terapi ini dari segi pendekatan tekniknya.
Credit to: Gerlad Corey
Book: Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy
Aneste Buoloi
Kaunselor
^_^ With Love