Adlerian Therapy
Alfred Adler
(1870-1937)
Terapi Adlerian lebih menekankan kepada tiga konsep iaitu (1)
Persepsi yang subjektif terhadap realiti (2) corak dan kesatuan personaliti
manusia , dan (3) Urutan kelahiran dan hubungan adik-beradik. Berdasarkan
pengalaman Adler sendiri, beliau telah mengasaskan teori ini sebagai salah satu
pendekatan kepada klien yang menganggap diri mereka bermasalah. Walau
bagaimanapun, Adler tidak menganggap klien sebagai seorang yang bermasalah
tetapi seorang yang mampu mencapai celik akal dan dapat menghasilkan matlamat
hidup.
Saya tertarik
dengan konsep Adler berkenaan dengan urutan adik-beradik dimana beliau
menjelaskan pembentukan personaliti seseorang berdasarkan kedudukan individu di
dalam keluargga dengan adik-beradiknya. Saya bersetuju dengan beliau bahawa
urutan kelahiran sangat mempengaruhi gaya hidup seseorang. Semenjak mengetahui
kewujudan teori yang menjelaskan tentang urutan kelahiran, saya mula
menganalisis secara luaran sikap dan gaya hidup seseorang yang saya kenali
latar belakangnya berdasarkan urutan kelahiran mereka dan saya mendapati bahawa
teori Adler berkenaan urutan kelahiran ini tepat dalam pandangan saya. Oleh
itu, saya berpendapat bahawa saya boleh menggunakan konsep Adler untuk melihat
klien dalam sesi hubungan teraputik. Walau bagaimanapun, urutan kelahiran
bukannya sesuatu yang tekal. Hal ini kerana individu juga dipengaruhi oleh
hubungan sosial individu dengan orang lain untuk membina gaya hidup. Maka itu,
saya tidaklah mengambil seratus-peratus teori ini sebagai pegangan saya sebagai
seorang kaunselor.
Selain itu, saya
juga berpendapat bahawa pelaksanaan atau aplikasi teknik dan prosedur teraputik
terapi ini sedikit sebanyak membantu klien untuk menghasilkan kehidupan yang
lebih bermanfaat dengan interaksi sosial mereka. Hal ini kerana saya melihat
matlamat terapi ini lebih bersifat kemasyarakatan seperti membantu klien
menunjukkan minat sosial, mengalakkan klien mengenalpasti kesamaan semua
manusia, dan membantu klien dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat. Teori
ini juga dapat membantu klien yang mempunyai isu berkenaan dengan perhubungan
dengan orang lain. Secara keseluruhannya, saya mungkin menggunakan konsep
terapi Adler ini dalam sesetengah kes sahaja memandangkan Adler kurang
memberikan penekanan dalam setiap teknik beliau yang mengakibatkan penggunaan
teori dalam sesetengah kes adalah terhad.
Credit to: Gerlad Corey
Book: Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy
Aneste Buoloi
Kaunselor
^_^ With Love
No comments:
Post a Comment