Existential
Therapy
Viktor Frankl
(1905-1997) & Rollo May (1909-1994)
Terapi
kewujudan menekankan tentang andaian bahawa manusia adalah bebas tetapi
mempunyai tanggungjawab terhadap pilihan dan tindakan sendiri. Kandungan asas
bagi teori ini juga menganggap bahawa manusia bukanlah mangsa kepada keadaan
melainkan individu merupakan apa yang individu tersebut pilih. Melalui
pembelajaran terapi ini, saya dapat melihat bahawa matlamat terapi ini adalah
untuk mengalakkan klien untuk melakukan refleksi diri dalam kehidupan dan
sedar bahawa mereka (klien) mempunyai
pilihan alternatif yang boleh dipilih. Proses inilah yang menjadikan klien
sedar akan tanggungjawab mereka untuk memilih dan mula membentuk kehidupan
mereka sendiri.
Secara jujurnya, inilah pertama
kalinya saya melihat dan memahami apakah sebenarnya terapi kewujudan ini. Oleh
itu, melalui pembelajaran hari ini, saya mendapati bahawa teori ini sememangnya
memberikan peluang kepada saya untuk melakukan refleksi diri sendiri dan
pilihan-pilihan yang telah saya lakukan. Saya sangat tertarik dengan matlamat
terapi ini dimana menekankan tentang penerimaan atas apa yang sudah berlaku
sebagai pengajaran dan melihat bahawa hidup ini penuh dengan pilihan. Sekiranya
saya menggunakan konsep matlamat ini dalam hubungan teraputik dengan klien maka
saya dapat menjangka bahawa klien akan merasa celik akal tenntang tanggungjawab
atas pilihan yang dipilih sama ada pilihan tersebut dikesali atau tidak. Hal
ini akan dapat membantu dalam proses mengatasi kebingungan dan kebimbangan
klien.
Walau bagaimanapun, peranan
kaunselor dalam menggunakan pendekatan terapi ini agak mencabar dan memerlukan
keberanian. Kaunselor perlu pandai untuk mencabar dan mendorong klien yang
sukar membuat pilihan dan susah untuk menyedari bahawa dia mempunyai kuasa
untuk memilih. Kaunselor juga perlu membimbing klien untuk mencari makna
tentang kehidupan dan melawan kebimbangan hidup. Selain itu, terapi ini agak
sukar dilaksanakan memandangkan ianya tidak mempunyai teknik khusus yang
diperincikan. Ianya memerlukan kebijaksanaan kaunselor secara keseluruhannya
dalam membawa klien untuk peka terhadap kehidupan semula jadi manusia. Matlamatnya
jelas tetapi pelaksanaan terapi ini agak sukar kerana tidak mempunyai teknik
dan konsep khas.
Credit to: Gerlad Corey
Book: Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy
Aneste Buoloi
Kaunselor
^_^ With Love
No comments:
Post a Comment