Tuesday, 10 November 2015

Biasalah Orang Sabah

Biasalah Orang Sabah

1.       Pangilan ‘Si Anu’ untuk orang Sabah bukanlah bermaksud  seekor binatang seperti Si Tompok yang dikenali sebagai seekor kucing ataupun merujuk kepada benda yang tidak elok tetapi ia digunakan sekiranya pembicara tidak pasti dengan nama seseorang. Ia juga boleh digunakan untuk merujuk kepada manusia seperti “Si Mama bah tu”. Banyak tagline dan penggunaan bahasa yang digunakan oleh orang Sabah yang tidak diguna pakai oleh orang bukan Sabahan seperti anu, Saaaaaaaaaaana, palui, bida, dan banyak lagi. Bukan merosakkan bahasa tapi biasalah orang Sabah.

2.       Makanan Tradisional di sabah juga agak unik jika dibandingkan dengan makanan Tradisional di tempat yang lain. Orang Sabah suka menyimpan bekalan makanan yang tahan lama dan tidak perlu disimpan di peti ais. Contohnya, Bosou atau Daat juga dikenali sebagai Gogoh yang diperbuat daripada campuran ikan, sayur hutan, nasi, dan juga buah kepayang untuk dijadikan pekasam. Selain itu, Tuhau yang ditumbuk, dan Buah Bambangan yang mungkin tidak terdapat di tempat lain juga boleh diperap dan tahan lama. Makin lama disimpan makin sedap pula rasanya. Unik kan? Biasalah orang Sabah.


3.       Kenapa sesetengah lelaki  Sabah terutamanya kaum Kadazan Dusun badannya ‘Pindik Tagap’? Penjelasan secara sains mungkin tidak dapat dihuraikan, namun adalah dijelaskan bahawa orang Dusun secara sinonimnya merupakan orang yang kuat bekerja dan kuat mengangkat benda berat dan keadaan tersebut menyebabkan badan menjadi kejal dan sedikit menganggu pertumbuhan ketinggian mereka. Oleh itu, kenapa ‘Pindik Tagap’? jawapannya ialah rajin. Kenapa rajin? Biasalah orang Sabah.

p/s : Saya pun orang Sabah.





~N.S.T~

No comments:

Post a Comment