Saturday, 4 April 2015

LISTEN TO WHAT PEOPLE DON'T SAY

KEMAHIRAN ASAS DALAM KAUNSELING

FROM: YOUR COUNSELLOR
TO: COUNSELLOR TO BE



Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran asas yang perlu ada pada seorang kaunselor yang baik. Mendengar dengan jelas akan membantu kaunselor memahami titik penting atau inti penting yang cuba dijelaskan oleh klien. Apabila kaunselor mahir dalam mendengar maka kaunselor akan dapat mengambarkan apa yang cuba disampaikan oleh klien walaupun tidak dijelaskan dengan secara terbuka atau secara lisan oleh klien. Inilah yang dikatakan dengan "LISTEN TO WHAT PEOPLE DON'T SAY'. Dengan kemahiran mendengar ini, klien akan merasa difahami dan dapat merasai suasana yang selesa dengan kaunselor yang akhirnya dapat menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselornya.

Mendengar bukan bermaksud hanya dengan telinga tetapi mendengar dengan hati agar kaunselor dapat memahami dengan jelas isi hati kliennya. Walau bagaimanapun, kemahiran ini perlu disertai dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran menyoal, kemahiran melayan, kemahiran membuat rumusan, kemahiran refleksi, dan kemahiran-kemahiran yang lain agar proses kaunseling dapat berjalan dengan jayanya.

Baiknya, kemahiran mendengar ini boleh digunakan oleh semua orang dan bukan hanya oleh golongan kaunselor sahaja. Ingat mendengar bukan hanya dengan telinga sahaja tetapi dengar dengan hati. Renung-renungkanlah.

Selamat mencuba!




~Always With Love~

No comments:

Post a Comment