SUAM-SUAM KUKU
Semalam saya bermimpi. Mimpi yang
agak membingungkan saya pada awalnya. Saya bermimpi akan keadaan di mana saya
berada di dalam sebuah bilik tidur dan ditemani oleh dua orang sahabat saya. Kami
semua beragama Kristian. Semasa saya sedang mengemas tempat tidur, seorang
sahabat saya bangun dan menutup lampu. Dalam keadaan yang agak gelap, saya
melihat dia solat (dalam kehidupan realiti, saya memang selalu nampak orang
solat). Yang membingungkan saya terhadap mimpi saya ini, apabila saya nampak dia
sedang solat, saya berfikir kenapa saya tidak solat? (seakan-akan dalam mimpi itu
saya ini seorang muslim) tapi dalam beberapa ketika, saya baru teringat bahawa
saya ini adalah seorang Kristian dan sahabat saya sebenarnya baru mualaf sebab
berkahwin dengan muslim. Jadi saya terfikir, “oh, mungkin bagi dia, alang-alang
dah masuk Islam, buat cara Islam yang betul-betul”. Kemudian saya terjaga dari
mimpi tersebut.
Saya kemudiannya berfikir, kenapa saya boleh mimpi soal
agama? Oh, mungkin Tuhan hendak bagi saya petunjuk. Dia hendak mengingatkan
saya bahawa saya sekarang ini berada pada tahap suam-suam kuku. Yang tidak
panas atau tidak sejuk dalam soal pegangan agama. Tuhan hendak memberitahu
bahawa semua agama ini baik, ajar perkara-perkara yang baik sahaja. Cuma ianya
bergantung kepada umatnya sahaja sama ada buat perkara yang betul atau
sebaliknya. Suam-suam kuku ni maksudnya tidak berapa taat dengan agamanya,
tidak teguh kepercayaannya, dan tidak kuat imannya. Tidak mempunyai pendirian
yang tetap dalam kepercayaannya.
Maksudnya, kita sebagai Kristian, kena buat cara Kristian. Berdoa
setiap hari, makan, minum, buat kerja, tidur, semuanya kena serahkan kepada
Tuhan. Jangan nama Kristian itu sekadar dalam kad pengenalan atau sekadar di
mulut sahaja. Mengaku dia tu Kristian sahaja tetapi tidak menjalankan amal
sebagai seorang Kristian dan tidak berdoa seperti orang kafir. Lepas tu bila
orang jahil tuduh Kristian ini kafir, mula la nak memberontak kat facebook,
twitter. Pandai marah la pula tapi still tidak buat macam orang Kristian yang
sepatutnya. Mungkin orang lain cakap yang Kristian ini kafir sebab mereka tidak
nampak amal doa kita.
Pernah tidak selama ini korang berdoa melipat tangan sebelum
makan di restoran, warung-warung, kedai mee sup? Tak ramai kot yang buat. Paling-paling
pun, Amen je keluar di mulut. Macam mana orang lain nampak amal kita? Macam mana
orang tak kita kita ni kafir? Atau student yang tinggal kat kolej-kolej tu. Pernah
tak berdoa depan roommates dengan cara Kristian yang sepatutnya. Kita hari-hari
nampak dorang solat, so pernah tak kita berdoa macam mereka? jarang kot. So mestilah
mereka nampak kita ni kafir. Jangan marah kalau perkara tu reality. Sebab mereka
yang tak berdoa tu sama la dengan orang yang kafir, tak da Tuhan, tak da
pegangan.
Ouch! Pedasnya. Saya sendiri
pun terasa dengan kata-kata sendiri. Orang bilang siapa makan lada dia rasa
pedas kan. So sama-samalah kita merasa dan fikir. Kita kristian, kuatkan amalan
doa dan jangan sampai suam-suam kuku ja. Jarang kan korang oder minuman suam
bila makan kat luar. Mesti nak yang panas or sejuk ja. So samalah dengan Tuhan.
Dia nak kita ni kuat iman, kuat uji. Sama-sama kita fikir ya. Semoga, kita
dapat pengajaran dan boleh menguatkan iman kita masing-masing. Tuhan Memberkati
kita semua.
~With Love~