Monday, 20 April 2015

THE VERY BEST FRIEND

FRIEND

Maybe I’m not a kind of person who perfectly wrote about any quotes related to friend relationship.

I once had a friend who walked away from my life because of something I really don’t understand.

She just walked away without giving any reason and leave me with hundred questions over my mind.

When I’m searching any kind of quotes related to love one, family, sibling, parents, school, kids, God, teacher, food, animal, or experience I find myself free, laugh, and happy even post in my moment to share with people. But when it’s come to friend quotes I just stop scrolling down and I found myself thinking deeply into my heart.
I don’t want to blame anyone either me or her but I really don’t understand what kind of matter happen between us that make apart happened.

It’s kind of an empty feeling. Maybe it is because of the unfinished business between us. Sorry to say.

I do have many friends. Yes. I am. But that one experience made me feel uncomfortable to talk, or to write about friends. Is it normal? I hope so.
For my friends out there, all of you, I want to say sorry if I have done wrong and thanks for being there as my friends until now.

Deep in my heart I want to say loudly that I love you all and you will always stay in my heart forever.

Above all, God is the very best friend. He will never leave me behind. Thank you Lord!

A man of too many friends comes to ruin, but there is a friend who sticks closer than a brother/sisters.
Proverbs 18: 24

A friend loves at all times and a brother is born for adversity.
Proverbs 17: 17




~Always with love~


Sunday, 5 April 2015

KEMAHIRAN ASAS DALAM KAUNSELING

1.       Sifat asas kaunselor:
a.       Menghormati klien
b.      Menerima klien tanpa syarat
c.       Dengar dan dengar (bukan hanya dengan telinga tetapi dengan hati)
d.      Sokongan/memberikan dorongan kepada klien.
e.      Tahu had keupayaan anda sebagai kaunselor.

2.       Kemahiran Asas dalam Kaunseling:

a.       Kemahiran mendengar – Mendengar boleh membawa kita kepada kemahiran-kemahiran lain. Sekiranya kita tidak dapat mendengar dengan baik maka kemahiran lain juga sukar untuk kita laksanakan. Kemahiran-kemahiran lain adalah seperti:

   i.      Kemahiran melayan
1.       Ekspresi wajah (muka)
2.       Tahap tenaga (SOLER): S - squarely, O – open posture, L – lean forward, E - eye contact,  R - relax

   ii.      Kemahiran parafrasa – menyatakan kembali kefahaman kaunselor terhadap cerita klien. Tujuannya adalah untuk:
1.       Memberi galakkan
2.       Meminta penjelasan
3.       Menyemak persepsi

  iii.      Kemahiran memfokus – menunjukkan bahawa kaunselor berminat dengan isu klien.
   iv.      Kemahiran menyoal
1.       Soalan tertutup
2.       Soalan terbuka: Memulakan sesi, Memperkaya perkongsian maklumat, Meneroka maklumat spesifik,  Tujuan penilaian masalah klien, Menentukan respon klien

   v.      Kemahiran pengstrukturan: Jangka masa, peranan kaunselor, peranan klien, kerahsiaan, merujuk pakar.

   vi.      Kemahiran refleksi
1.       Refleksi isi – not a parroting
2.       Refleksi perasaan
3.       Refleksi pengalaman

 vii.      Kemahiran konfrantasi

  viii.      Kepentingan kesenyapan – membolehkan klien berfikir

    ix.      Kemahiran merumus: Rumusan  kecil dan Rumusan  besar

     x.      Kemahiran penamatan
1.       Penamatan sesi
2.       Penamatan hubungan kaunseling

  xi.      followup

Saturday, 4 April 2015

LISTEN TO WHAT PEOPLE DON'T SAY

KEMAHIRAN ASAS DALAM KAUNSELING

FROM: YOUR COUNSELLOR
TO: COUNSELLOR TO BE



Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran asas yang perlu ada pada seorang kaunselor yang baik. Mendengar dengan jelas akan membantu kaunselor memahami titik penting atau inti penting yang cuba dijelaskan oleh klien. Apabila kaunselor mahir dalam mendengar maka kaunselor akan dapat mengambarkan apa yang cuba disampaikan oleh klien walaupun tidak dijelaskan dengan secara terbuka atau secara lisan oleh klien. Inilah yang dikatakan dengan "LISTEN TO WHAT PEOPLE DON'T SAY'. Dengan kemahiran mendengar ini, klien akan merasa difahami dan dapat merasai suasana yang selesa dengan kaunselor yang akhirnya dapat menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselornya.

Mendengar bukan bermaksud hanya dengan telinga tetapi mendengar dengan hati agar kaunselor dapat memahami dengan jelas isi hati kliennya. Walau bagaimanapun, kemahiran ini perlu disertai dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran menyoal, kemahiran melayan, kemahiran membuat rumusan, kemahiran refleksi, dan kemahiran-kemahiran yang lain agar proses kaunseling dapat berjalan dengan jayanya.

Baiknya, kemahiran mendengar ini boleh digunakan oleh semua orang dan bukan hanya oleh golongan kaunselor sahaja. Ingat mendengar bukan hanya dengan telinga sahaja tetapi dengar dengan hati. Renung-renungkanlah.

Selamat mencuba!




~Always With Love~