Biasalah Orang Sabah
1. Pangilan ‘Si Anu’ untuk orang Sabah bukanlah bermaksud seekor binatang seperti Si Tompok yang
dikenali sebagai seekor kucing ataupun merujuk kepada benda yang tidak elok
tetapi ia digunakan sekiranya pembicara tidak pasti dengan nama seseorang. Ia
juga boleh digunakan untuk merujuk kepada manusia seperti “Si Mama bah tu”. Banyak
tagline dan penggunaan bahasa yang digunakan oleh orang Sabah yang tidak diguna
pakai oleh orang bukan Sabahan seperti anu, Saaaaaaaaaaana, palui, bida, dan
banyak lagi. Bukan merosakkan bahasa tapi biasalah orang Sabah.
2. Makanan Tradisional di sabah juga agak unik jika dibandingkan
dengan makanan Tradisional di tempat yang lain. Orang Sabah suka menyimpan
bekalan makanan yang tahan lama dan tidak perlu disimpan di peti ais.
Contohnya, Bosou atau Daat juga dikenali sebagai Gogoh yang diperbuat daripada
campuran ikan, sayur hutan, nasi, dan juga buah kepayang untuk dijadikan
pekasam. Selain itu, Tuhau yang ditumbuk, dan Buah Bambangan yang mungkin tidak
terdapat di tempat lain juga boleh diperap dan tahan lama. Makin lama disimpan
makin sedap pula rasanya. Unik kan? Biasalah orang Sabah.
3. Kenapa sesetengah lelaki
Sabah terutamanya kaum Kadazan Dusun badannya ‘Pindik Tagap’? Penjelasan
secara sains mungkin tidak dapat dihuraikan, namun adalah dijelaskan bahawa
orang Dusun secara sinonimnya merupakan orang yang kuat bekerja dan kuat
mengangkat benda berat dan keadaan tersebut menyebabkan badan menjadi kejal dan
sedikit menganggu pertumbuhan ketinggian mereka. Oleh itu, kenapa ‘Pindik
Tagap’? jawapannya ialah rajin. Kenapa rajin? Biasalah orang Sabah.
p/s : Saya pun orang Sabah.
~N.S.T~