Saturday, 15 June 2013

True story 3...so true..

A friend, a very special friend once told me that Jesus is his part of everything...
like this word...

Trust in the Lord with all your heart and lean not on your own understanding. Mean, although that you thought it right but let's do it according to God's plan. Amen!


Do you ever see the beauty of the morning?
In the light there was, then it's so bright "that you noticed that morning that indicate we are going through another day?
Think about today and tomorrow.
Every day there are morning and we will go through another day.
But! Sometimes people complain every day that they encounters every day is the same...go to school, study, doing assignment..doing their routine and so on..bored...
Actually, we cannot decide what will happen tomorrow.
But God is the planner..
So do not complain, but be thankful because we still alive to face tomorrow.


Renungan pendek dari cas dalam Yokubus 1: 12 Berbahagialah orang yang bertahan dalam pencobaan, sebab apabila ia sudah tahan uji, ia akan menerima mahkota kehidupan yang dijanjikan Allah kepada barangsiapa yang mengasihi Dia. Rasanya aty tahu juga kan apa maksud ayat tu. Cas hanya mo bagitau the God love never gone to people who really need it.

Say to yourself every morning..
“Today is going to be a great day!  I can handle more than I think I can. By worrying about them, things would not get better anyway!
I can be satisfied  so long as I try to do my best ˄_~ because I always know God bless me anytime and anywhere”


People who are caring expressed ...
"If there is anything happened to you I will always be with you"
But Jesus will say ..
"Nothing will happen to you as long as I was with you"

God is for us a refuge in a forthness, found to be a mighty help in troubles.. 
Psalm 46 : 1

feeling alone ?
Psalm 23: 1 says "The Lord is a shepherd" soak and understand this verse, you certainly will not be alone.


"Just for today, Lord. Tomorrow is not mine. Just for today I ask for light and health, other business tomorrow should not be my responsibility. Tomorrow is yours ". God knows the future and he treats the secret to those who believe and love Him. The future is bright for us when we are with Jesus who holds the future in His hands.
Yokubus 2: 18

"But some people said," to you and me have no faith deeds "I will say it:" Show me your faith without deeds, and I will show thee the deeds with my faith"
Matthew 7: 24-27




Remember the story about a stupid and clever people? their make their own home both in the sand and rock. In verse 24 mean, we've already heard what God's word to us and obey and follow his word. We do the same with smart people in stone houses. While people who have heard the word of God but not do the same like a fool for his house on sand. you know the ending of this story right? The message is our policy in this world, like love can follow the wise. But it's all our own choices. If we surrender everything to God, God will always be ups and downs protect, bless you and me. 



.......That's what he said....


with love ^_^

Saturday, 8 June 2013

True Story 2....so true...




Cahaya!

Ya, itulah satu perkataan yang telah datang ke dalam mindaku sebentar tadi semasa mandi. Aku memutuskan untuk duduk di meja ini dan membuka computer ribaku untuk terus mencatatkan apa yang aku sedang fikirkan sekarang. Aku amat pasti sekiranya aku tidak terus duduk dan berteleku disini untuk mula mencatat, akhirnya aku akan lupa apa yang sedang berada di dalam fikiranku sekarang. Aku harus menaipnya. Entah. Aku pun tak tahu apa sebabnya.



Cahaya dari segi apapun aku senang merasakannya. Aku tidak suka akan kegelapan dan cahaya yang muram. Sebaliknya, aku mencintai terang cahaya yang menyinar di pagi hari. Sementara aku dapat menikmati udara segar pada pagi hari, aku juga ingin merasakan kehangatan suria pagi yang sedikit membakar kulitku.



Sesuatu yang sering aku lakukan ialah bagun dari katilku lantas menuju ke jendela. Cermin tingkap akan aku selak seluas-luasnya dan membiarkan angin lembut menampar mukaku. Aku senang sekali. Merasakan nikmat udara bersih membuatku segar bugar di pagi hari lantas membuang perasaan malasku. Aku akan melihat hutan hijau di belakang kolejku.  mendengar burung-burung bernyanyi. 



Aku akan mula mengingati keadaan hutan buah-buahan atau dusun di belakang rumahku di kampung sebelum ianya sekarang menjadi gondol. Cahaya pagi menyinari pagiku dan aku akan tersenyum lebar. Adakalanya aku akan menyanyi keriangan membuatkan teman sebilikku turut tersenyum melihat mood baikku pagi itu.



Aku masih ingat lagi pada awal semester 1 aku berada di Universiti Malaysia Sabah. Ketika itu, aku masih belum mempunyai hubungan yang rapat dengan salah seorang teman sebilikku. Seperti rutinku selalunya di kampung yang aku bawa sehingga hari ini, aku akan membuka jendela luas-luas sehingga cahaya matahari menyinari bilik seawal pagi yang pada ketika itu teman sebilikku masih terbaring enak di katil masing-masing. Pada awalnya, aku tidak menyedari ketidak selesaan dia ketika aku melakukan rutinku itu. Pada waktu itu, dia akan malas-malas membuka mata dan mendengus kecil lantas mengubah posisi tidur. Aku hanya mengira dia telah melalui mimpi ngeri pagi itu.



Namun, ketika hubungan kami bertambah rapat, dia kemudiannya menegur perbuataan ku itu. Dia mengatakan bahawa dia tidak senang menerima cahaya di waktu pagi apatah lagi sewaktu dia masih lena diulit mimpi. Aku merasa hairan dan tertanya-tanya. Kehangatan matahari pagi tidak pun mengenai kulit dan tempat perbaringan mereka. Yang ada cuma cahaya matahari yang meliau mencuri-curi masuk untuk menerangi bilik kami. Aku lantas ketawa dan dia tersenyum malu kerana sering bangun lewat dan tidak suka bangun pagi. Teman-teman sebilikku yang lainnya ( dua orang lagi) tidak kisah dengan rutinku itu kerana mereka juga bangun seawal pagi malah lebih awal dariku. Ternayta melalui pengalaman ini, aku dapat mengetahu bahawa ada juga segelintir manusia yang tidak suka akan sinaran pagi hari yang sangat mengembirakan dan menyenangkan bagiku. Manusia memang berbeza.

Aku bangga untuk sering memberitahu teman-teman rapatku mengenai waktu hari kelahiranku (kepada mereka yang bertanya) di klinik. Ibuku masih ingat detik bersejarah ketika melahirkan aku. Aku telah disambut oleh seorang nurse yang memang telah mengenali ibuku setelah, entah berapa kali ibuku pernah melahirkan kakak dan abang-abangku di klinik tersebut. Ketika suara tangisanku kedengaran di bilik yang kecil itu, nurse itu mengatakan “seorang bayi perempuan yang sihat. Aku pasti dia akan kelihatan cantik apabila besar nanti kerana dia lahir sewaktu cahaya matahari mula menyinar terang”.

Aku tidak pasti adakah waktu kelahiranku yang bercahaya itu telah membuatku senang dan seronok menikmati cahaya pagi dan menyukai cahaya di mana pun aku berada. Aku tidak pasti yang itu.



Lagu gereja ‘Oh Tuhan pimpinlah langkahku’. Aku sangat senang menyanyikannya.

Oh Tuhan pimpinlah langkahku
Ku tak brani jalan sendiri
Serta-Mu itulah doaku
Ajarku merendahkan diri
Menurut firman-Mu stiap hari
Jadikan pelita dalam kegelapan
Mencari domba yang sesat
Itulah kerinduan Jiwamu



Firman itu pelita bagi jalanku yang gelap. Bantulah aku ya Bapa agar aku sentiasa berpaut pada tanganmu setiap masa. Jangan biarkan aku tersadung dan jatuh dalam kegelapan dan kekelaman akibat dari dosaku. Pimpinlah aku ke jalan yang lurus dan benar.
Biar cahaya kemuliann-Mu sentiasa menerangi aku.

Amen!

( 1 Mac 2013)



with Love ^_^

Wednesday, 5 June 2013

True Story 1.......So True



SYUKUR

Semalam aku bermimpi tentang ”Suara Alkitab”. Apa tu?

Aku berada di gereja bersama beberapa orang yang aku kenali dan mereka sememangnya anggota gereja. Mama dan bapa juga berada di sana. Waktu petang itu kami habiskan waktu bernyanyi memuji Tuhan bersama-sama. Anggota gereja yang lainnya berada di luar gereja, juga bernyanyi memuji Tuhan. Yang aku hairan, menggapa mereka tidak masuk ke dalam gereja bersama-sama kami. Mereka hanya terus memuji Tuhan di kawasan luar gereja. Sekarang tiba saatnya untuk menunda sabat iaitu, sundown worship.

Keadaan di luar gereja semakin gelap tetapi mereka yang berada di luar tetap terus bernyanyi tanpa henti. Kami yang berada di dalam gereja memutuskan untuk memilih salah seorang daripada kami untuk membawa renungan atau pelajaran penundaan hari sabat. Semua yang ada dalam gereja memilih aku untuk membawa renungan pada petang itu. Aku yang tidak bersedia memutuskan untuk menolak. Mereka bersungut-sungut terhadap penolakkanku dan terus mendesak aku. Aku menjadi rimas dan bingung.

 Keadaan semakin mendesak apabila bapaku terus mendesak secara halus. Dia mengatakan “ perkara begini sahaja kamu ingin menolak untuk melakukannya, sedangkan aku besarkan kamu dengan susah payah, aku sekolahkan kamu dan sabar menunggu kamu di luar sekolah sementara kamu keluar dari kelas. Aku sungguh kecewa”. Kata-kata bapa sangat menyentuh hatiku juga menyakitkan hatiku. Perasaan ku hanya ingin menangis sahaja di sana. Tetapi selepas mendengar dan memikir-mikirkan kata-kata bapa, aku terus bersetuju untuk membawa mereka mendalami satu ayat alkitab yang aku pernah baca.

Namun, ketika itu aku lupa ayat itu berada di mana. Yang aku ingat, ayat itu berada di dalam buku Efesus tetapi tidak meningati pasal yang keberapa dalam alkitab. Aku mula mencari alkitab dengan meminjam alkitab dari anggota gereja yang berada di situ. inilah  akibatnya jika tidak rajin membawa alkitab bersama. Sangat mengecewakan aku apabila membuka alkitab-alkitab yang aku temukan di sana bukan seperti yang aku inginkan kerana yang nyata alkitab di sana amat berbeza dengan alkitab yang selalu aku lihat. Kelihatannya alkitab tersebut mempunyai gambar-gambar, ayat-ayat alkitab yang dipecah-pecahkan dan sangat membingungkan. Aku tidak menemukan alkitab yang sama seperti alkitabku.

 Sekarang, sudah tiba waktunya aku berdiri di atas mimbar gereja dan menyampaikan renungan. Di dalam hati masih merasa hampa kerana tidak dapat menemukan ayat yang aku cari. Sebenarnya ayat yang aku cari itu adalah mengenai ucapan syukur. Apabila tibanya saatnya aku untuk berkata-kata, aku seakan-akan dapat berkata-kata dengan begitu bebas sekali. Dan yang paling membuatku merasa lega, aku akhirnya dapat mengingati keberadaan ayat tersebut tanpa merujuk pada alkitab-alkitab yang aku kira sangat aneh itu. Di depan semua orang, aku mengatakan ayat tersebut berada dalam Efesus 5 : 4.

Aku terjaga!

Sebaik sahaja aku terbangun, aku segra membuka alkitab yang sentiasa berada di atas kepalaku semasa tidur. Aku mencari ayat yang aku ingat dalam mimpi tadi, dan bukan yang aku katakana iaitu di Efesus 5 : 20. 

Ayat ini mengatakan :

“Ucaplah syukur senantiasa atas segala sesuatu dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus kepada Allah dan Bapa kita”

Sejenak aku berfikir dan berusaha mengingati ayat yang aku ingat dalam mimpi. Ya! Efesus 5 : 4.

 Ayat itu mengatakan :

“Demikian juga perkataan yang kotor, yang kosong atau yang sembrono – karena hal-hal ini tidak pantas- tetapi sebaliknya ucapkanlah syukur”

Ya! Itulah yang aku maksudkan dengan “Suara Alkitab” lihat! Kedua-dua ayat tersebut mempunyai persamaan iaitu “ucaplah syukur”. Kita di dunia ini, janganlah kita lupa untuk sentiasa mengucap syukur atas apa yang telah kita perolehi.

Kita masih beruntung mempunyai anggota tubuh yang sempurna, dapat mendengar, berkata-kata, mempunyai keluarga yang mengasihi kita, sahabat yang menemani kita, rumah, makanan pakaian dan banyak lagi yang pantas kita syukuri. Masih banyak orang di luar sana yang tidak mendapat kesempatan untuk hidup selesa seperti kita. Masih ada yang kelaparan, tidur tanpa alas dan atap, dan tanpa pengetahuan. Tidak seperti kita yang diberikan peluang untuk berada di institusi untuk menimba ilmu, menjelajah ke tempat orang, berseronok, dan hidup aman tetapi masih juga bersungut dan berseru kepada Tuhan tanpa rasa syukur. Syukur ya Tuhan atas apa yang Engkau telah berikan padaku.

Syukur.

Syukur.

Syukur.

                                                                                        17 Ogos 2012













Dengan Cinta ^_^