Semalam aku bermimpi tentang ”Suara
Alkitab”. Apa tu?
Aku berada di gereja bersama beberapa
orang yang aku kenali dan mereka sememangnya anggota gereja. Mama dan bapa juga
berada di sana. Waktu petang itu kami habiskan waktu bernyanyi memuji Tuhan
bersama-sama. Anggota gereja yang lainnya berada di luar gereja, juga bernyanyi
memuji Tuhan. Yang aku hairan, menggapa mereka tidak masuk ke dalam gereja
bersama-sama kami. Mereka hanya terus memuji Tuhan di kawasan luar gereja.
Sekarang tiba saatnya untuk menunda sabat iaitu, sundown worship.
Keadaan di luar gereja
semakin gelap tetapi mereka yang berada di luar tetap terus bernyanyi tanpa
henti. Kami yang berada di dalam gereja memutuskan untuk memilih salah seorang
daripada kami untuk membawa renungan atau pelajaran penundaan hari sabat. Semua
yang ada dalam gereja memilih aku untuk membawa renungan pada petang itu. Aku
yang tidak bersedia memutuskan untuk menolak. Mereka bersungut-sungut terhadap
penolakkanku dan terus mendesak aku. Aku menjadi rimas dan bingung.
Keadaan semakin mendesak apabila bapaku terus
mendesak secara halus. Dia mengatakan “ perkara begini sahaja kamu ingin
menolak untuk melakukannya, sedangkan aku besarkan kamu dengan susah payah, aku
sekolahkan kamu dan sabar menunggu kamu di luar sekolah sementara kamu keluar
dari kelas. Aku sungguh kecewa”. Kata-kata bapa sangat menyentuh hatiku juga menyakitkan
hatiku. Perasaan ku hanya ingin menangis sahaja di sana. Tetapi selepas
mendengar dan memikir-mikirkan kata-kata bapa, aku terus bersetuju untuk
membawa mereka mendalami satu ayat alkitab yang aku pernah baca.
Namun, ketika itu aku lupa
ayat itu berada di mana. Yang aku ingat, ayat itu berada di dalam buku Efesus
tetapi tidak meningati pasal yang keberapa dalam alkitab. Aku mula mencari
alkitab dengan meminjam alkitab dari anggota gereja yang berada di situ. inilah akibatnya jika tidak rajin membawa alkitab bersama. Sangat mengecewakan aku apabila membuka alkitab-alkitab yang aku temukan di
sana bukan seperti yang aku inginkan kerana yang nyata alkitab di sana amat
berbeza dengan alkitab yang selalu aku lihat. Kelihatannya alkitab tersebut
mempunyai gambar-gambar, ayat-ayat alkitab yang dipecah-pecahkan dan sangat
membingungkan. Aku tidak menemukan alkitab yang sama seperti alkitabku.
Sekarang, sudah tiba waktunya aku berdiri di
atas mimbar gereja dan menyampaikan renungan. Di dalam hati masih merasa hampa
kerana tidak dapat menemukan ayat yang aku cari. Sebenarnya ayat yang aku cari
itu adalah mengenai ucapan syukur. Apabila tibanya saatnya aku untuk
berkata-kata, aku seakan-akan dapat berkata-kata dengan begitu bebas sekali.
Dan yang paling membuatku merasa lega, aku akhirnya dapat mengingati keberadaan
ayat tersebut tanpa merujuk pada alkitab-alkitab yang aku kira sangat aneh itu.
Di depan semua orang, aku mengatakan ayat tersebut berada dalam Efesus 5 : 4.
Aku terjaga!
Sebaik sahaja aku terbangun,
aku segra membuka alkitab yang sentiasa berada di atas kepalaku semasa tidur.
Aku mencari ayat yang aku ingat dalam mimpi tadi, dan bukan yang aku katakana iaitu
di Efesus 5 : 20.
Ayat ini mengatakan :
“Ucaplah syukur senantiasa
atas segala sesuatu dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus kepada Allah dan Bapa
kita”
Sejenak aku berfikir dan
berusaha mengingati ayat yang aku ingat dalam mimpi. Ya! Efesus 5 : 4.
Ayat itu
mengatakan :
“Demikian juga perkataan
yang kotor, yang kosong atau yang sembrono – karena hal-hal ini tidak pantas-
tetapi sebaliknya ucapkanlah syukur”
Ya! Itulah yang aku
maksudkan dengan “Suara Alkitab” lihat! Kedua-dua ayat tersebut mempunyai
persamaan iaitu “ucaplah syukur”. Kita di dunia ini, janganlah kita lupa untuk
sentiasa mengucap syukur atas apa yang telah kita perolehi.
Kita masih beruntung
mempunyai anggota tubuh yang sempurna, dapat mendengar, berkata-kata, mempunyai
keluarga yang mengasihi kita, sahabat yang menemani kita, rumah, makanan
pakaian dan banyak lagi yang pantas kita syukuri. Masih banyak orang di luar
sana yang tidak mendapat kesempatan untuk hidup selesa seperti kita. Masih ada
yang kelaparan, tidur tanpa alas dan atap, dan tanpa pengetahuan. Tidak seperti kita yang
diberikan peluang untuk berada di institusi untuk menimba ilmu, menjelajah ke
tempat orang, berseronok, dan hidup aman tetapi masih juga bersungut dan
berseru kepada Tuhan tanpa rasa syukur. Syukur ya Tuhan atas apa yang Engkau
telah berikan padaku.
Syukur.
Syukur.
Syukur.
Dengan Cinta ^_^