Wednesday, 6 January 2016

True story 4....so true...

SUAM-SUAM KUKU

Semalam saya bermimpi. Mimpi yang agak membingungkan saya pada awalnya. Saya bermimpi akan keadaan di mana saya berada di dalam sebuah bilik tidur dan ditemani oleh dua orang sahabat saya. Kami semua beragama Kristian. Semasa saya sedang mengemas tempat tidur, seorang sahabat saya bangun dan menutup lampu. Dalam keadaan yang agak gelap, saya melihat dia solat (dalam kehidupan realiti, saya memang selalu nampak orang solat). Yang membingungkan saya terhadap mimpi saya ini, apabila saya nampak dia sedang solat, saya berfikir kenapa saya tidak solat? (seakan-akan dalam mimpi itu saya ini seorang muslim) tapi dalam beberapa ketika, saya baru teringat bahawa saya ini adalah seorang Kristian dan sahabat saya sebenarnya baru mualaf sebab berkahwin dengan muslim. Jadi saya terfikir, “oh, mungkin bagi dia, alang-alang dah masuk Islam, buat cara Islam yang betul-betul”. Kemudian saya terjaga dari mimpi tersebut.
          Saya kemudiannya berfikir, kenapa saya boleh mimpi soal agama? Oh, mungkin Tuhan hendak bagi saya petunjuk. Dia hendak mengingatkan saya bahawa saya sekarang ini berada pada tahap suam-suam kuku. Yang tidak panas atau tidak sejuk dalam soal pegangan agama. Tuhan hendak memberitahu bahawa semua agama ini baik, ajar perkara-perkara yang baik sahaja. Cuma ianya bergantung kepada umatnya sahaja sama ada buat perkara yang betul atau sebaliknya. Suam-suam kuku ni maksudnya tidak berapa taat dengan agamanya, tidak teguh kepercayaannya, dan tidak kuat imannya. Tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam kepercayaannya.
          Maksudnya, kita sebagai Kristian, kena buat cara Kristian. Berdoa setiap hari, makan, minum, buat kerja, tidur, semuanya kena serahkan kepada Tuhan. Jangan nama Kristian itu sekadar dalam kad pengenalan atau sekadar di mulut sahaja. Mengaku dia tu Kristian sahaja tetapi tidak menjalankan amal sebagai seorang Kristian dan tidak berdoa seperti orang kafir. Lepas tu bila orang jahil tuduh Kristian ini kafir, mula la nak memberontak kat facebook, twitter. Pandai marah la pula tapi still tidak buat macam orang Kristian yang sepatutnya. Mungkin orang lain cakap yang Kristian ini kafir sebab mereka tidak nampak amal doa kita.
          Pernah tidak selama ini korang berdoa melipat tangan sebelum makan di restoran, warung-warung, kedai mee sup? Tak ramai kot yang buat. Paling-paling pun, Amen je keluar di mulut. Macam mana orang lain nampak amal kita? Macam mana orang tak kita kita ni kafir? Atau student yang tinggal kat kolej-kolej tu. Pernah tak berdoa depan roommates dengan cara Kristian yang sepatutnya. Kita hari-hari nampak dorang solat, so pernah tak kita berdoa macam mereka? jarang kot. So mestilah mereka nampak kita ni kafir. Jangan marah kalau perkara tu reality. Sebab mereka yang tak berdoa tu sama la dengan orang yang kafir, tak da Tuhan, tak da pegangan.
Ouch! Pedasnya. Saya sendiri pun terasa dengan kata-kata sendiri. Orang bilang siapa makan lada dia rasa pedas kan. So sama-samalah kita merasa dan fikir. Kita kristian, kuatkan amalan doa dan jangan sampai suam-suam kuku ja. Jarang kan korang oder minuman suam bila makan kat luar. Mesti nak yang panas or sejuk ja. So samalah dengan Tuhan. Dia nak kita ni kuat iman, kuat uji. Sama-sama kita fikir ya. Semoga, kita dapat pengajaran dan boleh menguatkan iman kita masing-masing. Tuhan Memberkati kita semua.



~With Love~